KLIK UNTUK ALBUM & DIARI I JWJ1 I JWJ2 I JWJ3 I JWJ4 I

Ekspedisi JWJ 1

Ekspedisi yang julung kali telah berjaya di laksanakan pada bulan Februari 2010, JWJ1 telah berjaya merentas sehingga ke Ayuthaya, Thailand. Laluan EKSPEDISI JWJ1 bermula dari Klang, Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat Thailand yang memakan masa selama 12 hari dan perjalanan sejauh lebih dari 4,000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan berjumlah seramai 22 orang termasuklah 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN telah berganding bahu menjadikan EKSPEDISI JWJ1 telah mencapai tujuan seperti yang dirancangkan.